Liza Hanim Sabar Tunggu Lot Tanah


Selepas lapan bulan bergelar naib juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), penyanyi Liza Hanim mengakui, belum menerima salah satu hadiah yang dijanjikan iaitu lot tanah daripada pihak penaja.

Turut menerima nasib yang sama ialah juara GV4, penyanyi Aishah dan pemenang tempat ketiga, Lan Solo. Isu kelewatan pemberian lot tanah ini timbul rentetan daripada pendedahan Aishah yang mendakwa hadiah tambahan berupa rantai berlian yang ditaja oleh Datuk Seri Vida tiada nilai.

Menurut Liza, dia mengambil sikap berdiam diri berhubung isu tanah tersebut kerana percaya perkara berkenaan boleh diselesaikan secara baik.

Liza akan terlibat dalam konsert Semalam Di Malaya yang merupakan persembahan kali pertamanya di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 15 dan 16 September depan sempena sambutan Hari Malaysia. -KO

Post a Comment

Copyright © VIVA TV MALAYSIA.
Designed by OddThemes