Tsunami Selat Sunda: Isteri Ifan [Seventeen] Meninggal Dunia


JAKARTA: Isteri vokalis kumpulan muzik Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam bencana tsunami Selat Sunda pada Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia.

Ifan, 35, mengesahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya kira-kira pukul 9 malam (waktu Malaysia).

"Alhamdulillah udah ketemu istriku @dylan_sahara. Makasih ya temen-temen doanya, cuma Allah yang bisa bales kebaikan temen-temen.

"Minta tolong kirimin al-fatihah ya buat istriku @dylan_sahara InsyaAllah husnul khotimah. Allahumma amin," tulisnya.

Sementara itu, Ifan menerusi posting di Instagram pula memuat naik video yang memperlihatkan dia bersama jenazah isterinya berada dalam kenderaan dipercayai dalam perjalanan ke Jakarta.

"Alhamdulillah kita udah semobil lagi. Yuk pulang @dylan_sahara," tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Dalam perkembangan sama, Ifan turut mengesahkan pemain drum Seventeen iaitu Andi turut terkorban menjadikan kesemua anggota kumpulan itu meninggal dunia.

Mereka termasuk Bani (pemain bass), Herman (gitaris) termasuk krew, Ujang dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya.

Ketika kejadian, Seventeen sedang mengadakan persembahan bersempena hari keluarga sebuah syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten.

Kematian Dylan Sahara itu turut disahkan oleh pengurus kumpulan muzik Seventeen, Yulia Dian.

“Meninggal,” katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp yang dihantar kepada salah seorang wartawan di sini hari ini.

Ifan bagaimanapun terselamat selepas berpaut kepada sebuah kotak selepas mereka dirempuh ombak ketika membuat pertunjukan di Tanjung Kesung Beach Resort kelmarin.

Post a Comment

Copyright © VIVA TV MALAYSIA.
Designed by OddThemes